Siapa Rai Supanot sebenarnya?

 Siapa Rai Supanot sebenarnya?


Assalamualaikum dan hai momies. 

Pernah dengar tak perumpamaan lama pernah cakap, Tak Kenal Maka Tak Cinta? Haaa.. mesti pernah kan. Jadi hari ni Rai nak perkenalkan siapa Rai sebenarnya dan mudah-mudahan dengan perkenalan ni akan mendekatkan lagi ukhuwah kita.


Nama sebenar Rai adalah Raihana Tul Amalina binti Supanot dan dilahirkan pada tahun 1993. Nama ni dihadiahkan oleh ibu dan ayah Rai dulu saat Rai dilahirkan. Maksud dari nama Rai adalah Sejambak Bunga Yang Mekar Harum dan Kebahagiaan Hidup Kami. Harum ke tak tu kena tanya suami Rai la..hehe

Supanot tu nama ayah Rai yang berasal dari keturunan jawa. Memang dari dulu ramai yang pelik dengan nama ayah Rai sampaikan ada yang mengejek dan mempersendakan nama ayah Rai. Dah pasti la Rai tak selesa dan marah bila orang buat macam tu kan tapi sekarang semuanya berbeza bila Rai gunakan sendiri nama ayah Rai sebagai Personal Branding Rai.

Rai dah kahwin ke belum?

Ini soalan panas yang menjadi persoalan kepada ramai orang bukan sahaja lelaki tapi wanita juga. Lagi pula bila orang tu tak kenal Rai langsung, lagi la dia tertanya-tanya.


Alhamdulillah, Rai dah berkahwin di usia 20 tahun dan dapat cahaya mata 2 orang hero. InsyaAllah yang ketiga bakal menyusul tak lama lagi dari blog ini ditulis. Syukur lepas gap 5 tahun, Rai dapat timang cahaya mata lagi. Agak-agak jantina apa pula kali ni?

Ada momies yang tanya macam mana Rai maintain bentuk badan lepas melahirkan 2 orang zuriat? Rai tak ada jawapan yang spesifik sebab Rai memang dikurniakan badan yang kurus dari dulu dan Rai sangat sensitif bila berat badan Rai melebihi 60kg. Ini pun dah rasa berat. Kalau Rai rasa berat naik atau saiz badan bertambah, Rai akan puasa nasi atau puasa terus sehari. Jadi ikut kemampuan dan kesesuaian momies la ye.

Apa pekerjaan Rai?

Haaaa ini soalan kedua famous untuk Rai. Nak tahu kenapa? Sebab nya Rai ni ada ijazah tapi Rai tak pernah bekerja secara rasmi di mana-mana syarikat. Jadi apa yang Rai buat?


Oke pertama sekali Rai ceburi bidang YouTube sebagai assingment dari pensyarah masa tahun akhir pengajian tapi rupanya ada peluang pendapatan kat situ. Jadi sekarang ni Rai seorang Youtuber di Youtube Channel RaiSupanot. Boleh la tekan link untuk dapatkan hiburan dan perkongsian di situ.

Disebabkan Rai ni seorang yang tak duduk diam dan sukakan kecantikan, Rai dengan restu suami memulakan perniagaan dalam bidang kecantikan. Tapi Rai tak terus jadi founder sebab jadi founder ni rumit dan besar risiko. Rai mulakan dengan jadi agent kepada beberapa jenis produk skincare dan kosmetik. Rai gunakan kedai maya sebagai permulaan perniagaan iaitu Facebook Page RaiSupanot . Selamat berada di circle Rai Supanot bersama momies yang lain di RaiSupanot Circle .


Sebenarnya kalau nak cerita tentang Rai je, memang penuh sehari ni tak habis baca. Jadi Rai stop dulu sampai sini. Andai ada persoalan tentang siapa Rai Supanot, boleh tinggalkan soalan di ruangan komen.

Terima kasih luangkan masa baca coretan Rai ye.💓

Selamat Berkenalan momies.



Comments